Tuesday, March 31, 2009

~Antologi Puisi Anismas Ar~

Dr.Samsina Abd.Rahman dikenali dengan nama penanya sebagai Anismas Ar telah menerbitkan tiga buah antologi puisi iaitu:

- Melepasi Aksara Usia Itu
- Anggur Kehidupan
- Puncak Jihad

Puisi bagi Beliau....~

~Bagi beliau puisi adalah:

-sebagai satu wadah untuk berdakwah

-sebagai medium untuk melakarkan rasa perasaan yang berada di hati seperti perasaan marah, kecewa, kesal, kasih, rindu dan sebagainya..

~kepakaran Dr.Samsina~



~Puisi Melayu Moden Teori Takmilah
~Pengkaedahan Melayu
~SPB4L Kesusasteraan Melayu Mistik(Persuratan Tasawuf

ANISMAS AR-PENGLIBATAN DALAM BIDANG PENULISAN PUISI MELAYU

Anismas Ar atau nama sebenarnya Dr. Hajah Samsina Hj. Abd Rahman dilahirkan pada 19 Januari 1962 di Desa Serom 5, Sg. Mati, Muar, Johor Darul Takzim. Beliau bersekolah di sekolah Rendah (Inggeris) Abdullah, Sg, Mati, Muar, Johor iaitu di Sek. Men. Pei Hwa, Sg, Mati, Muar, Johor, di Sek. Men. Convent, Muar, Johor dan Maktab Adabi Maharani, Muar sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor pada tahun 1982. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Kelas Dua Atas) pada tahun 1986, Ijazah Sarjana Persuratan pada tahun 1990. dan Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1998 dari UKM.

Bidang kepakaran beliau adalah Kesusasteraan Melayu khususnya Puisi Melayu, Falsafah dan Pemikiran dalam Kesusasteraan Melayu dan Kesusasteraan Melayu Islam (tasawuf). Dalam tesis Ph.Dnya, beliau telah menggunakan teori Takmilah (sastera Islam) yang dikemukakan oleh Dr. Shafie Abu Bakar (UKM) dalam menganalisis unsur-unsur tasawuf dalam puisi-puisi Melayu moden di Malaysia dan Indonesia sepanjang dekad 1970 hingga 1990.

Sewaktu menuntut di UKM, beliau aktif dalam persatuan dan penulisan puisi. Misalnya, menjadi ahli grupemuisi sejak tahun 1982 hingga 1990 dan menjadi setiausaha penerbitan dan publisiti, Persatuan Antropologi dan Sosiologi, UKM malah pernah menjadi editor buletin IBKKM, UKM sewaktu diterajui oleh Prof. Ismail Hussein. Anismas Ar mula melibatkan diri dalam penulisan puisi Melayu sejak di tingkatan tiga lagi dan puisinya disiarkan dalam majalah sekolah. Sepanjang penglibatannya dalam penulisan puisi, puisi-puisinya pernah tersiar dalam Majalah Kamsis Aminudin Baki, UKM, Majalah Aspirasi (majalah tahunan PMUKM), majalah al-Islam, majalah Suria dan majalah Dewan Sastera. Kumpulan puisi yang pernah dihasilkan oleh beliau berjudul Pelayaran (1984), Anggur Kehidupan (2002), Melepasi Aksara Usia itu (2006) dan Puncak Jihad (2008). Beliau mendapat ilham untuk menulis puisi semasa beliau pergi bercuti bersama keluarga serta di mana sahaja beliau berada tidak kira masa.

Anismas Ar pernah memenangi hadiah utama Sayembara Penulisan Kreatif dan Kritikan Sastera peringkat Inter-varsiti anjuran UKM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan pustaka pada tahun 1986 di samping memenangi beberapa hadiah penghargaan dan tempat ketiga dalam sayembara penulisan puisi dan esei kritikan di peringkat UKM. Pada tahun 2001, 2003, 2005 dan 2007 beliau telah memenangi Hadiah Sastera Darul Takzim ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6 untuk kategori Esei dan Kritikan Sastera, Puisi Eceran dan Kumpulan Puisi Perseorangan. Seterusnya pada tahun 2002, beliau dianugerahi dengan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001 dalam kategori Esei dan Kritikan Sastera. Sepanjang berkhidmat di Universiti Putra Malaysia sebagai seorang pensyarah beliau memperolehi Anugarah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005 dan 2007 dan berjaya memperolehi Anugarah Pengajaran Putra tahun 2007.

Manakala idola beliau yang banyak membantu sehingga berjaya pada hari ini adalah arwah ayahnya iaitu Abd Rahman Hj. Bakri yang merupakan seorang ustaz. Arwah ayah beliaulah yang menjadi pendorong kepada kejayaannya pada hari ini. Beliau mula mengajar di UPM pada 15 Oktober 1990. Penglibatan beliau dalam penulisan puisi adalah bertujuan untuk menyampaikan wadah dakwat dan meluahkan apa yang terpendam melalui penulisan puisi.

Sebagai pengkaji, peminat, pencinta dan penghasil karya kesusasteraan khususnya puisi dan esei kritikan sastera, beliau sering menghadiri aktiviti-aktiviti sastera tanah air dan luar negara dan membentang kertas kerja seperti pada pertemuan Hari Sastera, Majlis Diskusi-diskusi sastera, Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu, Seminar Teori dan Kesusasteraan Bandingan, Seminar Pemikiran Hamka dan Syeikh Daud al- Patani, Nadwah Kesusasteraan Islam, Seminar Teater Rakyat, Seminar Serantau Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu dan Pertemuan Dunia Melayu. Selain itu, beliau juga menjadi AJK untuk sebarang aktiviti yang diadakan di UPM. Antaranya, AJK untuk Malam Pelita Mutiara Bahasa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pada tahun 2003 dan AJK pelaksana sebagai wakil dari FBMK untuk Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan dan Sayembara Penulisan Esei Interkolej sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat UPM.

~Foto Anismas Ar @Dr.Samsina~


~Bersama Dr.Samsina~


~Sewaktu dapat Ph.d~

~Beliau dan trofi kemenangan~

~Dr.Samsina terkini!~

~Penyelidikan Beliau@Samsina Abb.Rahman~

-Puisi Melayu Tradisional Berunsur Islam


- Puisi Melayu Moden Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura


- Kesusasteraan Melayu Islam( Persuratan Tasawuf)


- Teori Kesusasteraan Melayu (Teori Takmilah, Pengkaedahan Melayu dan SPB4L)


- Falsafah dan Pemikiran dalam Kesusasteraan Melayu

~perkhidmatan Profesional Beliau~

- Panel Hakim Pertandingan Penulisan Puisi Antara Kolej dan Antara Universiti sejak 1997 hingga 2005.


- Panel Hadiah Sastera Berunsur Islam XI, 2003 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. KL


- Panel Penulis Laman Web Sastera, projek Jabatan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.


- Panel Penulis Projek Penulisan Ensiklopedia Sastera Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, 2004-2005.


-Panel Penilai Esei Kritikan(Puisi Melayu Moden) untuk Jurnal Komunikasi dan Bahasa Moden, UUM pada bulan Ogos hingga September 2006


-Panel Penilai Manuskrip Kumpulan Puisi yang berjudul Perkebunan Taqwa karya Suhaimi Hj. Muhammad. DBP, KL pada bulan November-Disember 2007.


-Panel Hakim Sayembara Deklamasi Puisi Antara Kolej di UPM pada bulan Ogos 2007.


-Panel Pakar Kesusasteraan Melayu-Islam untuk pengisian Persidangan Sastera Islam Antarabangsa 2008 anjuran/projek oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, KL.


-Panel Pembicara dalam Forum GREDUC 2001 anjuran FPP,UPM.


-Panel Pembicara dalam Rancangan Santai Jumaat anjuran Pelajar Penyiaran Jabatan Komunikasi,FBMK,UPM pada tahun 2006.

~Penglibatan seminar @workshop-Dr.Samsina ~

-Seminar Penyelidikan Bahasa, Sastera, Budaya dan Komunikasi pada 17-19 Jan 2005(peserta)


- Seminar Teori dan Kritikan Sastera Melayu Serantau pada 22-24 Mac 2005 di DBP, KL(Pembentang kertas kerja)


- Seminar Linguistik dan Bahasa Melayu I pada 28 Mei 2005 di IDEAL, UPM.(AJK dan peserta)


- Bengkel Pemacuan Penyelidikan, Perundingan dan Pengembangan FBMK pada 17-18 Mei di FBMK, UPM(peserta)


-Jejak Tokoh dan Pendokumentasian Penglipur lara Ali Badron di Batu Pahat pada 20-22 Jun 2005.


-Diskusi dan Bicara karya sastera(novel 3 penulis) di FBMK pada 23 Julai 2005(peserta)


-Seminar dan Pameran Warisan Melayu dan Peribumi pada 13 sept.05 di IDEAL, UPM(peserta)


Majlis Sastera Asia Tenggara di FBMK, UPM pada 20 September 2005 dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Seminar Pembudayaan Bahasa Melayu 2 di DBP, KL pada 7-8 September 2006 sebagai pembentang kertas kerja dan Ketua AJK Buku Cenderamata dan Hadiah.

~Major Publications- Dr. Samsina~

- Falsafah dan Pengajian Kesusasteraan Melayu(Modul PJJ, UPM)-2000

- Pelayaran(Kumpulan Puisi), JPM, UKM, 1986.

- Anggur Kehidupan(Kumpulan Puisi), Penerbit Diwangsa, Selangor, 2002

-Masihkah Ada(Antologi Puisi), FBMK,UPM, 2005

-Melepasi Aksara Usia itu(Kumpulan Puisi)-Insyirah Production, 2006

-Rimba Kasih(Himpunan Karya Penerima Hadiah Sastera Darul Ta’zim Ketiga 2001), Yayasan Warisan Johor, 2003.

-Di Laman Anggerik ini(Antologi Puisi), GAPENA, 2004

- Kasih Itu Kesabaran(Himpunan Karya Penerima Hadiah Sastera Darul Ta’zim Keempat 2003), Yayasan Warisan Johor, 2005.

-Gapura Merdeka(Himpunan Karya Penerima Hadiah Sastera Darul Ta’zim Kelima 2005), Yayasan Warisan Johor, 2007.

-Manggar-Manggar Kemerdekaan(Antologi Puisi), Yayasan Warisan Johor: Cirta Holding, 2007.

-Teori dan Kritikan Sastera Melayu Serantau(Prosiding), DBP, KL, 2005.

-Esei berjudul "Jalan-Jalan Menuju Keredhaan Allah daripada Perspektif Ilmu Tasawuf dan Pengungkapannya dalam Puisi Melayu Moden", Jurnal Perisa, KL:DBP, Bil. 12, 2004.

Esei berjudul "A. Samad Said’s al-Amin" in Malay Literature Journal, No.1 Vol. 13, 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

-Esei berjudul "Pengkaedahan Melayu:Konsep dan Aplikasi dalam Genre Puisi", Jurnal Pangsura(Pengkajian dan Penelitian Sastera Asia Tenggara), Bil. 22, Jan-Jun 2006.

-Esei berjudul "Teori Takmilah dalam Puisi-Puisi Malaysia", Dewan Sastera, Februari, 2001.

-Esei berjudul "Estetika Lahiri Pengungkap Estetika Maknawi", Dewan Sastera, Ogos 2007.

Puisi berjudul "19 Januari datang lagi", Dewan Sastera, Mac 2007.

-Esei berjudul "Unsur-Unsur Tasawuf dalam Puisi Melayu Moden di Malaysia", Monograf Bahasa Sastera dan Budaya Melayu, JBM, FBMK,UPM, Bil.2, Nov.1999.

-Esei berjudul "Definisi dan Konsep Kesusasteraan Islam", Monograf Bahasa Sastera dan Budaya Melayu, JBM,FBMK,UPM, Bil.3, Mei 2000.

-Esei berjudul "Insan al-Kamil dalam Puisi Melayu", Monograf Bahasa Sastera dan Budaya Melayu, JBM,FBMK,UPM, Bil.5, Mei 2001.

-Esei berjudul "Unsur Tasawuf Falsafah dalam Puisi-Puisi Moden di Indonesia", Monograf Bahasa Sastera dan Budaya Melayu, JBM,FBMK,UPM, Bil. 6, Oktober 2001.

-Esei berjudul "Amar Makruf Nahi Mungkar dalam Puisi Melayu", Monograf Bahasa Sastera dan Budaya Melayu, JBM,FBMK,UPM, Bil.7, Julai 2002.

-Esei berjudul "Analisis Novel Muhammad Akhir Dari Sudut Takmilah", Monograf Bahasa Sastera dan Budaya Melayu, JBM,FBMK,UPM, Bil.8, Julai 2003.

-Esei berjudul "Tuntutan Mujahadah al-Nafs dalam Puisi Melayu Moden". Monograf Bahasa Sastera dan Budaya Melayu, JBM,FBMK,UPM, Bil. 9, Julai 2004.

-Esei berjudul "Pentakmilahan Pengkaedahan Melayu dan Aplikasinya dalam Puisi Melayu", Monograf Bahasa Sastera dan Budaya Melayu, JBM, FBMK,UPM, Bil.10, Julai 2005.

-Esei berjudul "Ajaran Islam dalam Pantun", Cendekia, JBM,FBMK,UPM, 2007.

-Kertas Kerja berjudul "Nilai Hidup Dulu Nilai Hidup Kini dalam ungkapan Bahasa Puisi", SEAPSIL(Prosiding) Persidangan Antarabangsa Psikolinguistik 1 2007.

-Kumpulan Puisi berjudul Puncak Jihad, Serdang:Penerbit UPM, 2008.

~subjek pengajaran~

- Program BA(Kesusasteraan Melayu)


- BBK 3306 (Puisi Melayu)


- BBK 3489 (Kaedah Penyelidikan Kesusasteraan)


Program MA(Kesusasteraan Melayu)


- BBK 5208 (Analisis Struktur Puisi Melayu)


- BBK 5206 (Kajian Kesusasteraan Melayu Mistik)


Program BA(BLM) Eksekutif


BBK 3306(Puisi Melayu) Bulan Mac hingga Jun setiap tahun


Menyelia Tesis Pelajar MA dan Ph.d Kesusasteraan Melayu


Menyelia projek ilmiah tahun akhir

Thursday, March 26, 2009

pengenalan

nama: noorulfaziela nazaruddin

zodiak: taurus

asal: pahang

hobi: shopping,tgk tibi, tido, mengarut ngn 'misaie', gado2 ngn budak comot..hehe

bestpren: yati+alya+milly+carmen+chenta

warna kegemaran: purple

kesukaan2ku: coke, perfumes, birthday, doraemon,sunset, patrickstar, apple, strawberry, citer korea n nihon dramas, kucing,



Saturday, March 21, 2009

~aku dan mereka~

going to MAK-P 17!!
tonite..
putrajaya..
can't wait meet my man @budak comot ..hehe(*_*)