Wednesday, April 15, 2009

Final exams!


final exams 4 my last semester disini...huuhu da nak
abis da..rs cm sedey la plak nk tinggalkan upm tercinta!='(

pekse:
-13 april: isnin
-14 april: selasa
-17 april: jumaat
-24 april: jumaat
-25 april: sabtu

***26hb april: going back to my hometown!
tp b4 dat meet 'budak comot' 1st..hehehe =D

Saturday, April 4, 2009

~KetIka dan Kalimat~

Pembelajaran Sepanjang Semester II (2008/2009), Bahasa Dalam Multimedia
(Pelajaran, Pembelajaran dan Pengalaman)




Semester kedua 2008/2009 bermula. Saya sudah berada di tahun akhir, semester enam. Hanya lebih kurang empat bulan sahaja lagi saya akan meneruskan pengajian sebagai mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Empat bulan jugalah yang tertinggal untuk saya menetap di kampus, berkejar-kejar ke kelas, berasa pening memikirkan ‘assingment’ dan paling merunsingkan hati ialah menyiapkan kertas projek yang akan menuntut tahap kesabaran yang tinggi dan masa yang sudah tentu sekali harus saya kurangi untuk ‘melepak’ bersama teman dan juga aktiviti beli-belah yang amat saya gilai. Tuhan, semoga saya melalui dengan hati yang tabah!


Pada semester ini juga, saya harus mengambil subjek Bahasa dalam Multimedia sebagai subjek wajib untuk melengkapkan jam kredit pengajian unutk membolehkan saya bergraduat pada bulan Ogos nanti. Subjek ini pada permulaannya, dibuka kepada dua buah kelas iaitu satu kelas yang akan diajar oleh Dr. Normahdiah Sheik Said dan yang kedua oleh Dr. Normaliza Abdul Rahim. Saya sudah tentunya mendaftar untuk kelas Dr. Normahdiah. Ini kerana pelbagai cerita yang telah saya dengar dan kutip dari pelajar-pelajar yang telah mengambil subjek ini dibawah Dr. Normaliza. Sangat menggerunkan dan membuatkan saya kecut perut.


Malangnya, pada semester ini Dr.Normahdiah bercuti sabatikal dan kelasnya akan diambil alih oleh Dr. Normaliza dan Dr.Arba’ie Sujud, ketua di Jabatan Bahasa Melayu. Sekali lagi, hati saya berdebar, berkecamuk. Dugaan Tuhan telah datang menguji. Dalam hati saya berdoa semoga saya dapat melepasinya dengan mudah dan mengharungi pembelajaran dengan selesa dan diberkati ilmunya.


Hari pertama berkenalan dengan pensyarah yang garang dan tegas ini membuatkan hati saya sentiasa tidak tenang dan selesa semasa berada didalam kelas. Yang paling memcuakkan saya ialah jangan sesekali datang lewat ke kelasnya! Apatah lagi duduk di bahagian belakang. Aihh.. kena berebut tempatlah setiap hari Rabu.


Memandangkan kelas Bahasa dalam Multimedia ini bukan semuanya terdiri daripada para pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu malah terdapat juga pelajar Komunikasi yang mengambil subjek ini sebagai subjek elektif dan pelajar Kesusasteraan Melayu membuatkan hari pertama berasa agak janggal. Ini telah mengingatkan saya kepada senario di hari pertama persekolahan perlu beramah mesra dan bersuai-kenal. Apatah lagi kami perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada enam orang. Dalam kumpulan saya pada waktu itu, cuma terdiri daripada empat orang ahli dan ini bermakna kumpulan saya memerlukan lagi dua orang lagi ahli. Setelah bersusah-payah mendapatkan ahli kumpulan akhirnya terdapat dua orang pelajar yang datang menawarkan diri untuk menyertai kumpulan kami. Akhirnya, tertubuhlah Kumpulan Phoenix dengan rasminya!


Dr. Normaliza telah mengingatkan kami semua tentang peraturan-peraturan rasminya pada perkiraan saya, iaitu pertama tidak boleh datang lewat ke kelasnya apatah lagi ponteng kelas. Kedua, tidak boleh pelajar yang sama duduk dibelakang, ketiga tidak boleh menyalin nota tetapi perlu mengambil gambar. Keempat, semua pelajar perlu fokus di dalam kelasnya dan perlu sentiasa bersedia dengan pertanyaan-pertanyaan yang bakal di soal. Kelima, sentiasa ‘silent’kan telefon bimbit. Tidak boleh bercakap hatta bunyi pen sekalipun! Sungguh tertekan!


Pada minggu kedua, kami diminta membawa enam keping mounting board saiz A4, gunting, reben, penebuk lubang dan majalah-majalah lama. Tugasan kumpulan untuk kali pertama bermula pada minggu ini. Seorang ahli kumpulan tidak hadir tanpa sebab yang boleh diterima oleh Dr. akan menjejaskan markah keseluruhan ahli kumpulan. Semua ahli kumpulan Phoenix,sila ambil perhatian! Peringatan itu sila semat dalam minda dan hati anda semua wahai warga Phoenix. Markah kita akan terjejas nanti. Sila bagi komitmen dan kerjasama.


Pada minggu itu kami belajar tentang lima asas grafik. Asas grafik terdiri daripada teks, keseimbangan, warna, kesesuaian dan mudah. Tugasan pada hari itu ialah mencari gambar dari majalah lama yang telah kami bawa yang menepati kelima-lima ciri asas grafik. Kemudian, tampal di mounting board untuk dijadikan seperti buku skrap.


Pada hari itu jugalah merupakan permulaan kepada episod yang akan memerlukan kami sentiasa berkerja dalam pasukan dan saling bekerjasama serta berkongsi idea dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Menyiapkan tugasan asas grafik itu menuntut kesabaran yang tinggi kerana tulisan untuk menjadi tajuk kepada gambar yang kami pilih tidak boleh ditulis tetapi perlu menggunakan huruf atau perkataan-perkataan yang terdapat didalam majalah tersebut. Leceh betullah.Majalah kita berbahasa Inggeris. Ada diantara kami merungut. Tetapi setelah melihat hasil siap pada waktunya iaitu pada masa untuk menyiapkan tugasan hanya berbaki seminit dua, kami sempat senyum puas. “Hei, kita perlu berkejar menghantarnya ke bilik Dr. Semua ahli kumpulan kena pergi.” Saya mengingatkan. Apalagi dalam senyum-senyum begitu kami berlari berkejar ke bilik Dr. dari bilik kuliah yang jaraknya tidak sampai sepelaung. Nasib baik sempat. Sesudah hantar kami ketawa lega. Tahniah Phoenix! Dapat A+ untuk tugasan pertama. Dalam hati, kami senyum bangga.


Tugasan yang seterusnya ialah menghasilkan karangan sepanjang lapan muka surat yang bertajuk ‘Pengaruh Komik di Kalangan Kanak-kanak’. Karangan ini hendaklah menggunakan ayat dan idea sendiri dan dihantar menerusi e-mail kepada Dr. Normaliza. Kumpulan saya iaitu kumpulan Phoenix hanya menghantar sebanyak enam muka surat gara-gara tidak cukup masa untuk menyiapkannya. Akibatnya, tugasan kami tidak diterima dan perlu disiapkan sehingga lapan muka surat juga!


Subjek Bahasa dalam Multimedia ini lebih menerapkan amali kerana 80% markah untuk peperiksaan akhir adalah daripada tugasan-tugasan yang kami lakukan dalam kuliah dan juga dalam kelas tutorial (amali). Maka,kami lebih banyak melakukan tugasan daripada mendengar kuliah.

Seterusnya, kami diarahkan untuk mencipta iklan papan tanda yang mengiklankan barangan yang tidak pernah didengar atau dijual dipasaran iaitu suatu barangan baru. Semua ahli kumpulan saya, macam nak pitam memikirkan barangan apa yang perlu kami cipta. Seperti biasa jangka masa yang diberikan ialah lebih kurang selama satu jam setengah sahaja iaitu sehingga masa kuliah tamat.


Setelah mencari idea, kami memutuskan untuk mencipta (lakaran) barangan berkaitan aksesori wanita berdasarkan tema ‘Inspirasi dari alam semesta’. Sebanyak enam barangan perlu dihasilkan berserta nama syarikat yang mengeluarkannya. Barangan-barangan yang kami cipta (lakaran) ialah beg yang berbentuk bulan, matahari, komet, bintang, planet dan syarikat yang mengeluarkannya kami namakan, ‘Melastik Bintang’.
Kumpulan Phoenix, setakat ini tidak mengalami masalah dari segi komitmen dan kerjasama. Cuma ada satu hari dimana, seorang dari ahli kumpulan kami tidak hadir kerana menghadiri temudauga. Nasib baik telah dimaklumkan kepada Dr. Normaliza awal-awal kalau tidak markah untuk kumpulan kami pada hari itu sudah tentu ‘kosong’.


Dalam banyak-banyak tugasan yang diberikan oleh Dr.Normaliza dalam kuliahnya yang susah untuk kami laksanakan ialah menghasilkan e-majalah. Ini kerana kami merasakan langkah penyempurnaan tugasan ini sangat rumit dan melecehkan selain perlu melakukan ‘thumbnails’ terlebih dahulu. Stress sungguh waktu itu. Namun, jika kerja itu dilakukan dalam keadaan terdesak akhirnya akan siap juga. Begitulah yang terjadi. E-majalah kami terhasil jua. Walaupun tidak secantik mana namun ia lambang kepada kerja keras dan usaha semua ahli kumpulan Phoenix.


Manakala, pengalaman yang menarik ialah sewaktu menyempurnakan tugasan simpulan bahasa yang perlu diterjemah melalui gambar yang diambil oleh kami sendiri. Semestinya muka-muka ahli kumpulan ‘tertempel’ disitu. Melihat gambar yang dihasilkan oleh kami, saya ketawa begini didalam hati ha,ha,ha,ha! Lucu amat! Lebih-lebih lagi aksi melompat yang dilakukan oleh kami semua. Macam-macam istilah pelik keluar dari mulut rakan-rakan sewaktu sesi pembentangan. Tapi itu semua kami tidak ambil peduli.


Sepanjang kuliah, hanya dua kali sahaja Dr. Arba’ie masuk mengajar dan memberi kuliah selebihnya adalah Dr. Normaliza. Saya harus akui bahawa semasa Dr. Arba’ie memberikan kuliah penyakit mengantuk saya datang. Pelik. Seharusnya pada waktu itu dan ketika itu minda saya telah diprogramkan untuk tidak berasa mengantuk. Ternyata pengajaran dari dua pensyarah yang berbeza personaliti ini menghasilkan reaksi atau tindak balas yang berbeza terhadap diri saya.